Showing posts with label Sakit Tuan. Show all posts
Showing posts with label Sakit Tuan. Show all posts

Monday, May 18, 2009

Tertib jimak

HUBUNGAN intim dalam perkahwinan dapat mengeratkan silaturahim antara pasangan jika hubungan itu selesa, mesra dan menyeronokkan. Oleh itu, lakukan sentuhan intim yang dapat menimbulkan keseronokan isteri.

Pastikan ereksi disalurkan apabila isteri bersedia dan bukan sebelum itu. Isteri perlu memberi isyarat yang dia bersedia untuk hubungan seksual penetrasi dan suami pastikan gerakan dilakukan secara terkawal atau mengikut tertib.


Banyak buku panduan mengenai persetubuhan sudah lama wujud sebagai rujukan seperti ‘Kamasutra’ oleh pendita India, Vatsayana, buku bertajuk ‘Kebun Harum’ atau ‘Perfume Garden’ oleh ahli falsafah Islam, Sheikh Nefzawi, dan yang terbaru ‘The Joy of Sex’ oleh Alex Comfort.

Buku ini mampu memberi pembaca panduan mengenai cara dan gaya bersetubuh, termasuk cara memulakannya. Panduan jimak dalam Islam juga diketengahkan oleh Imam Al-Suyuti dan Al-Nawawi.

Malah, Rasulullah SAW menjelaskan, jimak itu ibadah dan ada tertibnya, termasuk kebersihan badan dan adab bersetubuh. Secara tertibnya, suami perlu melakukan belaian dan sentuhan supaya isteri bersedia menerima kemasukan zakar ke dalam faraj. Jika suami tidak melakukan itu dan masuk tanpa isteri bersedia, si suami dilaknati Tuhan.


Jadi hubungan seksual dalam pandangan Islam adalah satu ibadah dan tanggungjawab yang perlu dimanfaatkan oleh pasangan, sekali gus mustahak untuk mereka berusaha menjayakannya.

Mungkin tips untuk memulakan hubungan keintiman seksual bermula dengan pasangan dalam keadaan selesa dan mesra. Mereka boleh mulakan dengan sentuhan dan belaian sambil melakukan kucupan dan sentuhan erotik ke bahagian tubuh yang merangsangkan.

Dalam keadaan terangsang, tentu suami mencapai ereksi dan isteri mengalami kelembapan anggota sulit. Dalam keadaan bersedia, lebih mudah untuk suami dan isteri memainkan fungsi masing-masing dengan lebih lancar.

Jika isteri cemas atau ‘seriau’ (bimbang), dia tidak dapat mengawal faraj dan sukar untuk suami mendekatinya kerana faraj dalam keadaan kemut. Keadaan ini dikenali sebagai ‘vaginismus’.

Jika suami terpancut awal, pastikan dia dapat mengulangi hubungan seksual itu kemudian kerana kemungkinan ejakulasi cepat berlaku kali kedua jarang berlaku.

Isteri jangan rasa tertekan jika suami masih gagal mengawal daya saraf untuk mengelak ejakulasi cepat. Mungkin apabila sensitiviti anggota kemaluannya dapat dikurangkan, lama-kelamaan suami dapat memanjangkan sentuhan intim itu dan dapatlah isteri menikmati kepuasan.

Paling penting, hubungan intim perlu mengikut tertib atau adab kerana bukan hanya mengikut kehendak agama, tetapi juga mampu membantu pasangan itu mencapai klimaks dan memuaskan hati ketika hubungan.

Teruskan bacaan...

Tuesday, May 12, 2009

Hubungan timbulkan kesakitan

SAYA berusia 25 tahun dan sudah mendirikan rumah tangga. Masalah saya ialah zakar saya yang berbulu dan ia menyebabkan isteri saya kurang selesa kerana menimbulkan kesakitan pada alat sulitnya ketika melakukan hubungan seksual. Bagaimana cara untuk menyelesaikan masalah saya?

MUS
Kemanan, Terengganu

Ada lelaki mempunyai bulu roma di sekitar kulit permulaan atau pangkal zakar. Ini berlaku secara semula jadi dan paling biasa berlaku kepada lelaki keturunan India, Pakistan atau Arab, walaupun ada juga kes di kalangan lelaki bangsa lain.

Namun, ada juga keadaan yang mana kulit bahagian tundun tertarik ketika ereksi berlaku sehingga memenuhi setengah atau satu inci pangkal zakar dan menyebabkan pangkal zakar berbulu dan boleh memberi perasaan kurang selesa kepada pasangan perempuan ketika mereka bersetubuh.


Situasi sedemikian mungkin berlaku apabila ketika berkhatan, kulit kulup zakar terpotong berlebihan sehingga kulit tundun tertarik ke pangkal zakar ketika ereksi.

Cara baik untuk mengelak keadaan tidak selesa itu ialah dengan lelaki berkenaan mencukur bulu roma setiap hari sambil menyapu krim pelembap supaya kulit tidak menggerutu.

Ada juga cara lain seperti memotong kulit dan menampal kulit tanpa bulu roma boleh juga dilakukan, tetapi jika boleh dielakkan, lagi baik disebabkan jenis kulit yang berbeza selain kemungkinan kerosakan urat saraf.

Teruskan bacaan...

Monday, May 4, 2009

Alami gatal-gatal

SOALAN

SAYA bersama suami mendirikan rumah tangga hampir 12 tahun dan memiliki tiga anak. Sejak kebelakangan ini suami saya yang berumur 37 tahun mengalami gatal-gatal teruk pada seluruh tubuh hampir setiap kali selepas kami ‘bersama’.

Untuk pengetahuan doktor, dia ada kencing manis dan masalah jantung tersumbat peringkat awal dan sekarang dia mengambil Gliclazide 80mg sebiji pada setiap pagi dan malam.

Jika ia berpunca daripada aktiviti lasak, dia tidak mengalami kegatalan ketika bersukan. Dia masih lagi aktif bermain sepak takraw dan badminton.

Tempoh masa bersama tidaklah panjang mana, paling lama 15 minit saja. Harap doktor dapat beri penjelasan dan cadangan rawatan sepatutnya.

ROHAYU
Taiping, Perak


JAWAPAN

Suami anda mengalami kegatalan keseluruhan badan selepas saja selesai seks dan perkara ini hanya berlaku sejak kebelakangan ini.

Sudah tentu dia akan berasa cemas setiap kali berhajat bersetubuh dengan anda dan perasaan cemas itu meningkatkan lagi kemungkinan proses kegatalan berlaku!

Namun kegatalan yang berlaku kepadanya bukan kerana persetubuhan itu. Ia mungkin berlaku akibat tindak balas alahan kepada sesuatu yang terkena badannya.

Jika selama ini dia tidak pernah mengalami alahan, mungkin ini berlaku kerana dia tidak alah dengan apa saja yang terdedah kepadanya, sama ada melalui kulit badan atau mulut atau daripada benda yang dimakannya.

Biasanya proses untuk sesuatu itu berlaku mengambil masa lama iaitu kejadian alahan hanya berlaku beberapa bulan atau tahun kemudian apabila tubuh badannya mula berinteraksi dan mencetuskan proses alahan.

Selain itu, banyak lagi perkara boleh mencetuskan proses alahan itu seperti ‘pollen’ atau debunga di atas katil atau unggas dan juga wangian serta kosmetik yang digunakan isteri.

Jika kegatalan itu akibat alahan, ia akan reda apabila tiada sentuhan dengan benda itu. Jika terdedah lagi, alahan akan tercetus kembali.

Suami anda boleh jumpa doktor untuk mendapat ubat mengawal alahan untuk dimakan sebelum melakukan persetubuhan.

Bagaimanapun, ada sebilangan ubat anti alahan yang boleh mengurangkan proses kemasukan darah dalam otot zakar dan mengganggu ereksi.

Mengenai masalah cepat klimaks yang dialami suami, ini boleh dikaitkan dengan penyakit kencing manisnya kerana penyakit itu mengakibatkan urat saraf penghujung radang dan organ yang mempunyai urat saraf radang tidak dapat berfungsi dengan baik.

Lelaki yang menghidap kencing manis dan masih dapat mencapai ereksi akan dapati anggota kelaminnya sensitif kepada sentuhan, selain mendapati tahap ereksi tidak keras seperti dulu.

Dalam keadaan ini, dia sukar mengawal ereksi dan perasaan sensitif itu, jadi dia akan terpancut lebih awal dari yang dia dan pasangannya kehendaki.

Dia akan dapati jika tidak gerak cepat, rangsangan kurang dan ereksi boleh kendur, manakala jika digerak cepat pula, rasa sangat sensitif.

Jadi inilah dilema lelaki yang menghidap kencing manis, jika tidak mati pucuk, cepat klimaks pula! Anda oleh cadangkan pasangan anda berjumpa doktor untuk selesaikan masalah alahan dan cepat klimaks.

Kedua-dua itu tiada kaitan, tapi ubat alahan boleh mengganggu ereksi jika tidak kena yang sesuai

Teruskan bacaan...

Rabun, cepat tua

SESETENGAH ulama mendakwa persetubuhan yang kerap boleh menyebabkan penglihatan menjadi rabun, cepat tua dan sebagainya, tetapi apa pula kesannya daripada segi kajian saintifik?

D’ZULQARNAIN
Kuching, Sarawak


Satu ketika dulu, Rasulullah SAW pernah ditanya sahabat mengenai gaya persetubuhan dari belakang yang kononnya mengikut ulama terdahulu boleh menyebabkan anak yang dilahirkan macam keldai.

Jawapan Rasulullah ialah cara itu harus dan jalanannya melalui faraj saja, malah ada banyak lagi perkara yang satu ketika dulu dianggap janggal didapati sebenarnya disalah tafsirkan seperti perkara yang anda ketengahkan mengenai persetubuhan.

Mungkin ramai tidak tahu bahawa persetubuhan sangat digalakkan dalam Islam. Ia ibadah dan pahalanya sangat tinggi. Pasangan itu perlu dalam keadaan bersih, yakin dan melakukannya secara tertib serta beradab seperti kita melakukan solat.

Persetubuhan dapat mengeratkan silaturahim antara pasangan dan merapatkan sanubari dan keintiman sepanjang hayat.

Mengikut kajian saintifik, ketika bersetubuh dan pasangan dalam keadaan seronok, hormon ‘oxitocin’ keluar dan ini mengeratkan silaturahim antara mereka.

Pengeluaran hormon ‘vasopressin’ merapatkan sanubari kedua-dua mereka sehingga hanya perasaan gembira antara mereka berdua!

Jadi anda boleh bayangkan perkara yang anda nyatakan itu tidak tepat, malah bercanggah dengan kefahaman sebenar Islam dan juga saintifik.

Teruskan bacaan...

Sunday, May 3, 2009

Tahap upaya

SETIAP orang dewasa ada keinginan dan nafsu. Apabila nafsu syahwat mula membuak, itu antara tanda sampai masanya untuk seseorang itu berkahwin. Keadaan itu normal bagi seseorang individu dan ia sebahagian putaran kehidupan.

Bagaimanapun, cuba bayangkan jika seseorang itu, terutama lelaki, dilahirkan sebagai seorang yang ‘istimewa’ seperti kekurangan dalam aspek intelektualnya. Lalu, dia diaturkan berkahwin oleh keluarganya.


Mungkin ramai akan tertanya-tanya mengenai keinginan syahwatnya dan timbul persoalan adakah dia mampu memberi nafkah batin kepada isteri secukupnya. Ini kerana, daripada segi pemikiran dia tidak dapat bertindak seperti orang normal.

Individu seperti itu juga mungkin tidak dapat membawa dirinya sebagai suami dalam erti kata sebenarnya, termasuk keperluan batin isteri.

Sebelum berkahwin, insan istimewa ini juga mungkin tidak pernah terfikir mengenai hubungan seks antara suami isteri dan kepentingannya. Ia mungkin berlanjutan selepas perkahwinan kerana tidak tahu mengenai tanggungjawabnya sebagai suami.

Kemungkinan suami tidak tahu melakukan hubungan seksual atau mengalami mati pucuk prima boleh menyebabkan si isteri kecewa dan perkahwinan itu berkemungkinan berakhir dengan perceraian.

Ini kerana sejak berkahwin suami tidak pernah melakukan persetubuhan, mungkin hanya sentuhan.

Bagaimanapun, insan istimewa itu tidak boleh dipersalahkan sepenuhnya kerana mungkin sepanjang hidupnya dia tidak pernah mencapai ereksi secara spontan atau tidak pernah mengenali apa itu ereksi.

Dia mungkin hanya tahu zakarnya kadangkala membesar, terutama waktu bangun tidur. Mungkin keluarganya dapat melihat ereksinya ketika dia nyenyak tidur dan menganggap perkara itu petanda dia sihat.

Namun, ereksi itu ialah ‘ereksi refleksi’ ketika lelaki tidur nyenyak yang menandakan fungsi zakar sihat. Untuk menggunakan zakar ketika bersetubuh, minda perlu terangsang dan mesej perlu sampai ke zakar supaya salur darah otot zakar mengembang.

Jadi macam mana hendak melakukan hubungan seks dengan pasangan, sedangkan dia tidak pernah mencapai ereksi. Jika ini berterusan dan tiada tindakan diambil, lambat laun hubungan suami isteri menjadi hambar.

Saya pernah memeriksa lelaki yang lembap mentalnya dan berkahwin atas pilihan keluarganya, tetapi pandai memainkan tanggungjawab sebagai suami penyayang.

Selepas berkahwin dua tahun, si isteri mengadu kepada ibu mentua yang suaminya tidak pernah melakukan persetubuhan, hanya pegang dan pelukan intim. Perkara itu dimaklumkan kepada bapa suami yang akhirnya membuat temujanji dengan saya kerana mengesyaki anaknya mati pucuk.

Mengikut isterinya, suaminya tidak pernah mencapai ereksi sewaktu bersentuhan badan, tetapi ketika tidur ereksi spontan kerap berlaku. Bagaimanapun, setiap kali suami tersedar ereksi terputus begitu saja.

Pemeriksaan awal menunjukkan dia gemar perempuan dan kasih kepada isterinya. Dia diberi tunjuk ajar cara menggunakan ereksi untuk bersetubuh. Akhirnya dia berjaya mengatasi masalah itu dan kini memperoleh anak.

Kesimpulannya, mungkin mereka sebenarnya mampu melaksanakan tanggungjawab sebagai suami kepada isteri, tetapi perlu diberikan bimbingan.

Teruskan bacaan...

Saturday, May 2, 2009

Hilang sentuhan romantis kerana dingin seks

SEKS, apa pentingnya kepada manusia selain mendapatkan zuriat?. Menurut satu laporan, masyarakat di negara ini semakin pudar sentuhan romantis dan sukar mendapat kepuasan yang sepenuhnya daripada pasangan.

Hubungan seksual dilaporkan sebagai fundamental atau pada asasnya merupakan sebahagian daripada kesejahteraan dan kesihatan manusia.

Lantaran itu, hubungan seksual yang sihat, mempunyai faktor yang seimbang dari segi fizikal, emosi dan sosiologi. Ia berkait rapat dengan perlindungan serta memupuk kasih sayang dengan pasangan.

Wartawan Keluarga Rahana MD berkongsi maklumat mengenai Laporan Kaji Selidik Global Kesejahteraan seksual Durex (jenama kondom) keluaran SSL Healthcare Malaysia Sdn. Bhd 2007/2008 serta temu bual dengan pakar yang berkaitan.

RAKYAT Malaysia masih mencari-cari kepuasan seksual, lapor Kaji Selidik Global Kesejahteraan seksual Durex( jenama kondom) 2007/2008. Laporan itu menyebut, masyarakat di negara ini kehilangan sentuhan romantis dan masalah seksual menjadi faktor utama.

Kaji selidik yang dijalankan membabitkan lebih 26,000 responden dari 26 negara, dengan 1,026 daripadanya adalah warga Malaysia.

Responden telah ditanya tentang semua aspek kehidupan seks merangkumi kesihatan, kesejahteraan am, pendidikan, kepercayaan, seks dan perhubungan serta sikap mereka terhadap perhubungan seks.

Agak mengejutkan keranan daripada lima orang, kurang dua merasa kepuasan sepenuhnya dan didapati rakyat Malaysia telah kehilangan minat, keinginan dan sentuhan romantis.

Hanya 38 peratus daripada responden mendakwa mereka benar-benar mendapat kepuasan daripada kehidupan seks.

Bagaimana pun, responden wanita Malaysia lebih merasa puas daripada responden lelaki, dengan 40 peratus menyatakan mereka mendapat kepuasan sepenuhnya, berbanding 37 peratus responden lelaki.

Situasi tersebut bukanlah sesuatu yang perlu dirisaukan kerana keadaan yang sama juga dirasai oleh masyarakat dunia.

Hanya 44 peratus daripada semua responden mendakwa benar-benar bahagia dan gembira dengan kehidupan seks mereka.

Ternyata rakyat Malaysia merasa lebih puas daripada masyarakat di Jepun kerana hanya 15 peratus mendapat kepuasan.

Negara juga berada di atas berbanding masyarakat di Perancis, yang selama ini dianggap negara romantik, tetapi daripada empat responden, hanya seorang atau 25 peratus sahaja yang merasai kepuasan sepenuhnya.

Lantaran itu, apakah yang menyebabkan berlaku situasi tidak keruan di dalam bilik tidur pasangan di Malaysia?

Di Malaysia, secara purata hubungan seks dilakukan sebanyak 115 kali setahun berbanding angka purata global iaitu 103 kali setahun.

Sekali lagi Jepun tampil sebagai negara yang paling kurang aktif, dengan penduduknya melakukan hubungan seks hanya 48 kali setahun.

Sungguhpun kebanyakan pasangan di seluruh dunia memahami masalah yang dihadapi, namun tiga daripada lima responden atau 61 peratus yakin dan percaya kehidupan seks boleh ditingkatkan dengan cara mengurangkan tekanan dan kelesuan.

Sementara 64 peratus ingin merasai lebih keseronokan ketika bersama pasangan dan satu perempat lagi melahirkan rasa ingin bebas atau kurang kongkongan.

Bagaimanapun, rakyat Malaysia mempunyai idea jelas teknik untuk memperbaiki kehidupan seks. Antaranya menyuntik elemen belaian kasih sayang, kemesraan dan sentuhan romantis bersama pasangan dan diakui oleh 74 peratus.

Dua pertiga atau 64 peratus lagi inginkan lebih keintiman dan komunikasi lebih baik dan bilangan yang sama juga mengidam lebih banyak masa untuk berdua-duaan dengan pasangan masing-masing.

Menurut Pengurus Besar SSL Healthcare Malaysia Sdn. Bhd., Voong King Yee, pihaknya sedar hubungan seks memainkan peranan penting dalam kesejahteraan fizikal dan emosi.

“Kami percaya semua orang patut menikmati kehidupan seks yang sihat dan memuaskan. Lantaran itu Durex menjalan kajian bagi mendalami kefahaman maksud kesejahteraan seksual menerusi kaji selidik bagi tujuan mengumpul data tulen dan fakta-fakta yang boleh membantu pelanggan merasa yakin dengan sebarang keputusan.

“Pada prinsipnya, tinjauan kaji selidik ini mencerminkan peralihan peranan jenama, daripada hanya memperjuangkan hubungan seks yang selamat kepada membantu pelanggan kami menikmati hubungan seks yang lebih baik,'' katanya.

Ujarnya lagi, masyarakat hari ini semakin sensitif dan sedar dengan isu-isu yang menghalang mereka daripada mendapat kepuasan seks.

“Hasil kajian juga mendapati, kesakitan ketika melakukan hubungan seks dan beberapa masalah lain turut menjejaskan tahap kepuasan.

Lebih tiga daripada 10 atau 32 peratus responden Malaysia mengakui mengalami hubungan seks yang menyakitkan pada suatu peringkat dalam hidup mereka.

Sejumlah 43 peratus daripada wanita mengalami kekeringan vagina, masalah yang bukan sahaja dialami oleh mereka yang baru bergelar ibu atau wanita lebih tua, tetapi turut dialami oleh wanita muda.

Masalah ini turut dialami oleh responden wanita global yang mencatat 44 peratus. Di kalangan kaum lelaki pula sebanyak 22 peratus mengalami kesukaran mendapatkan ereksi (ketegangan) manakala 34 peratus mengalami masalah untuk mengekalkannya manakala responden lelaki global pula mencatatkan 42 peratus.

Pendapat Pakar

“Jangan pandang remeh atau sebelah mata masalah seksual kerana ia boleh menjejaskan keharmonian rumahtangga malah boleh mengakibatkan berlaku perceraian, suami main kayu tiga atau berkahwin lain tanpa pengetahuan isteri pertama di sempadan,’’ tegas Dr. Mohd. Ismail b. Mohd. Tambi, Pakar Perunding Andrologi Klinikal, Reproduktif dan Kesihatan Seksual, Damai Service Hospital, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur ketika ditemui baru-baru ini.

Sambungnya lagi, lazim masyarakat Asia tidak membincangkan isu masalah hubungan kelamin secara terbuka menyebabkan mereka yang mengalaminya derita dalam diam.

“Baik lelaki mahupun perempuan, perlu menyedari keintiman dengan pasangan adalah tuntutan dalam kehidupan dan perlu dicari penyelesaian dan bukannya menjadi punca keretakan hubungan,’’ katanya.

Melakukan hubungan seks dengan pasangan menurut Dr. Ismail merupakan fitrah manusia untuk mendapatkan zuriat.

“Sebagai manusia, kita dilahirkan dengan fitrah tersebut dan sampai satu peringkat iaitu selepas akil baligh, manusia akan mendapat ‘seruan’ atau berkehendak.

“Berbeza dengan golongan haiwan yang juga dikurniakan ‘seruan’ tersebut, manusia berdarjat tinggi dan memiliki sistem yang lebih terkawal di minda.

“Manusia mempunyai tamadun dan wujudlah perkahwinan untuk menghalalkan hubungan,’’ ujarnya.

Ditanya mengenai makna klimak atau kepuasan sepenuhnya, katanya ia bersifat subjektif.

“Pengalaman tersebut tidak sama antara manusia kerana tidak ada sistem untuk mengukur, sebaliknya ia berasaskan pengalaman dan kefahaman individu.

“Misalnya apabila individu yang sebelumnya telah mengecap klimak ketika berhubungan tetapi tiba-tiba alat reproduktifnya gagal berfungsi, atau pasangannya bermasalah keadaan tersebut mungkin memberinya tekanan,’’ katanya.

Sambungnya lagi, tidak mustahil apabila seseorang yang pernah mengecap keseronokan dan kepuasan dalam seks tetapi tidak memperolehnya akan kelihatan murung, tertekan dan resah gelisah dan mempengaruhi produktiviti diri.

“Ini adalah naluri semulajadi manusia yang dilahirkan dengan nafsu dan memerlukan pasangan untuk melampiaskan tetapi kita mempunyai kawalan tertentu,’’ ujarnya.

Beliau yang juga merupakan penyelidikan tempatan yang terlibat dalam Laporan Kaji Selidik Durex berkata, bersandarkan kajian terdapat masalah berbeza dalam mencapai kepuasan.

“Didapati di kalangan orang muda, kurang berasmara (romance, usia pertengahan pula berada dalam tekanan atau kurang kosentrasi manakala di kalangan yang berusia lebih gagal ereksi atau mengekalkannya,’’ jelasnya.

Menyentuh mengenai pasangan yang berhadapan dengan masalah hubungan, beliau menyarankan kedua-duanya berbincang dengan terbuka.

Pendapat Mufti

Suami yang gagal untuk memenuhi keperluan seksual pasangannya atau menunaikan tanggungjawab, si isteri boleh menuntut perkahwinan mereka dipisahkan (tasriq) melalui kuasa kadhi walaupun suami enggan menceraikan, tetapi isteri berhak.

Demikian, tegas Mufti Perlis, Dr. Mohd Asri Zainol Abidin ketika dihubungi.

Katanya hubungan seksual merupakan naluri yang secara fitrah Allah swt ciptakan kepada manusia sebagaimana makan dan juga minum.

‘Walaupun hubungan seks tidak kritikal seperti makan dan minum namun ia sebahagian keperluan manusia.

“Lantaran itu ahli sarjana feqah Islam membenarkan golongan miskin dan tidak mampu berhak mendapat zakat untuk berkahwin kerana ia satu keperluan kepada manusia,’’ ujarnya

Ujarnya pasangan perlu berbincang secara terbuka mengenai masalah hubungan seks kerana ia adalah hak.

Adalah menjadi kesalahan di dalam Islam sekiranya hubungan seksual yang dilakukan tidak dinikmati oleh isteri atau pun sebaliknya.

Beliau juga menekankan telah berlaku penganiayaan jika suami bermasalah dan enggan berubah mendapatkan rawatan tetapi menyuruh isterinya mendiamkan diri.

“Penganiayaan berlaku tetapi salah isteri juga kerana mendiamkan diri dan dia tidak boleh menyalahkan mana-mana pihak tetapi apabila adanya aduan, mahkamah boleh menghentikan perkahwinan tersebut,’’ ujarnya.

Ditanya apakah jalan penyelesaian jika suami enggan mendapatkan rawatan bagi memulihkan hubungan beliau berkata perbincangan adalah jalan paling selamat.

“Jika suami enggan berbincang, bawa perkara tersebut kepada pengetahuan keluarga suami dengan melantik ‘haqam’ untuk meredakan ketegangan tetapi biarlah kesannya positif dan suami boleh berubah,’’ ujarnya.

Beliau turut menasihatkan pasangan suami isteri yang menghadapi masalah agar mendapatkan rawatan kerana hubungan seksual adalah keperluan malah Allah swt berfirman yang antara lain bermaksud, jika tidak wujud keghairahan seksual maka tidak adalah kesinambungan zuriat umat Islam.

“Hubungan tersebut adalah tuntutan dan kehendak diri masing-masing, justeru dinasihatkan wajib bagi suami yang sakit mengubati dirinya.

“Jika gagal merawat dirinya, sedangkan si isteri memerlukan suami wajib menceraikan, jika tidak dia telah melakukan kezaliman.

“Keperluan hubungan seks ini adalah kewajipan dan jika gagal ditangani dengan cara baik, isteri berhak untuk mengangkat kes ini untuk membubarkan perkahwinan.

“Pihak kadhi pula hendaklah peka dan mempermudahkan masalah tersebut agar tidak berlaku penganiayaan,’’ katanya.

Kes 1
Tahun ini genap 14 tahun Sarina Yahya (bukan nama sebenar) berkahwin dan sepanjang tempoh tersebut beliau telah melahirkan tujuh anak hasil perkahwinan dengan suami tercinta.

Berwajah cantik dan memiliki air muka yang tenang, sukar menelah perasaan Sarina Ketika duduk-duduk berbual dengannya baru-baru ini entah macamana tiba-tiba Sarina menarik nafas panjang dan menghembusnya perlahan-lahan, terdengar keluhan di hujungnya apabila ditanya tentang suami.

"Aku malu nak cerita, ini hal dalam bilik tidur tapi sudah lama sangat aku pendam dan tidak pernah pun aku ceritakan kepada sesiapa,'' katanya membuka bicara.

Sarina membuang pandangan jauh ke hadapan dan berkata, “sepanjang aku berkahwin dan bersama suami, aku tak pernah rasa klimak, itu normal ke”? tanyanya tersenyum sumbing.

Sarina menyambung lagi dan kali ini bunyinya agak sayu. "Selalu suami aku pentingkan dirinya dulu, bila sudah puas dia tidak peduli aku lagi atau bertanya sama ada aku sudah klimak atau belum. Aku malu nak minta atau berbincang dengannya sebab sudah terlalu lama kami berkahwin. Bimbang pula aku kalau-kalau aku dituduhnya “gatal” atau ada seseorang yang mengajar aku meminta-minta,” ujarnya’

Akui Sarina, ketika bar-baru berkahwin usianya baru menginjak 19 tahun dan pada pandangannya dia memang tidak pandai berasmara tetapi apabila sudah banyak membaca, Sarina perasan dirinya tidak puas ketika bersama suami.

Walaupun tidak diluahkan melalui kata-kata dan perbuatan, namun sesekali hatinya mendongkol juga.

Namun setiap kali bersama dengan suami, waima sampai saat ini Sarina tetap melayan dengan baik walaupun hatinya merintih. Dia faham sikap suami yang tidak bersikap terbuka mengenai hubungan seks namun dari segi tanggungjawab terhadap keluarga, suaminya memang di tangga teratas.

Pengakhirnya kata Sarina, dia sesekali tidak akan buka mulut untuk melahirkan rasa terkilannya terhadap suami.

“Untuk menggembirakan hati, kalau boleh setiap tahun aku nak bersalin sebab ketika itulah suami akan berganda-ganda menyayangi dan menjaga aku. Agaknya itulah “klimak” yang aku dapat,” katanya tersenyum penuh makna.

Kes 2
JASMI ISMAIL (bukan nama sebenar) semakin khayal dengan dunia barunya kini, bercinta dengan Anne (samaran) pekerja wanita di pejabatnya yang baru kematian suami. Jasmi lupa pada Suraya (samaran) isterinya dan anak-anak seramai empat orang itu kerana Anne bukan sahaja berjaya menawan hatinya dengan paras rupa dan liuk lentoknya yang manja tetapi lebih daripada itu, Anne sanggup melayannya hingga ke ranjang, tuntutan batin yang semakin gagal dipenuhi oleh Suraya.

Hubungan keduanya berjaya dihidu Suraya dan berlaku pertengkaran namun Jasmi yang sedang mabuk asmara tidak mengaku dirinya bersalah dengan hubungan terlarang itu.

Sebaliknya Suraya dipersalahkan kerana gagal melayan nafsunya dan itu dijadikan alasan dia menjalin hubungan.

Suraya pula memberi alasan, kesibukan bekerja, melayan karenah anak-anak serta penyakit yang dialami antara penyebab, dia tidak ada ‘mood’ untuk melayan suami.

Sementelah pula Jasmi ego dan pentingkan diri sendiri dan enggan berbincang dengan Suraya mengenai masalah yang dihadapi.

Akhirnya di mahkamah Syariah, perkahwinan yang dibina selama 15 tahun hancur berkecai dan Suraya membawa diri bersama anak-anak.

Tip penyelesaian masalah

* Hanya kepada pasangan isu patut dibincangkan kerana merekalah yang akan memainkan peranan untuk mengubahnya.

* Bincang secara terbuka dari hati ke hati antara pasangan dan elak bincang dengan orang luar.

* Apabila keduanya sepakat mendapati ia berpunca dari masalah kesihatan seperti reproduktif gagal berfungsi, tidak ada ereksi, kekeringan vagina, tekanan atau penyakit, bertemu dengan pakar perubatan untuk menerima rawatan.

* Jika gagal merawat sedangkan pasangan berkehendak, masing-masing berhak untuk membubarkan perkahwinan.

Info kaji selidik

1.Tinjauan kaji selidik ini telah dijalankan oleh Harris Interactive dan disertai oleh negara-negara Australia, Austria, Brazil, Kanada, China, Perancis, Jerman, Greece, Hong Kong, India, Itali, Jepun, Malaysia, Mexico, Belanda, New Zealand, Nigeria, Poland, Russia, Singapura, Afrika Selatan, Sepanyol, Switzerland, Thailand, United Kingdom dan Amerika Syarikat.

2.Kaji Selidik Global Kesejahteraan Seksual Durex telah dijalankan secara "online" sepanjang bulan Ogos dan September 2006.

Teruskan bacaan...

Thursday, April 30, 2009

Kemalangan jejas kemampuan

SOALAN

BENARKAH kesan akibat kemalangan yang teruk, terutama pada bahagian tulang belakang, boleh menjejaskan kemampuan zakar?

AMIR
Selangor



JAWAPAN

Ereksi berlaku apabila isyarat rangsangan menuju ke urat saraf yang mengawal anggota kemaluan lelaki. Seseorang yang urat sarafnya terputus seperti dalam kes SCI (spinal cord injury), ketegangan tidak berlaku jika isyarat itu datang dari otak.

Jika isyarat itu hasil tindak balas sentuhan, contohnya (zakar terangsang dengan sentuhan dengan tangan) ketegangan berlaku secara refleksi tetapi ketegangan tidak kekal dan hubungan penetratif tidak dapat dilakukan, kecuali jika sentuhan berpanjangan.

Lelaki yang mengalami kecederaan tulang belakang dan urat saraf dalam tulang belakang menghadapi masalah itu, iaitu tidak dapat mengekalkan ketegangan zakar.

Untuk mengatasi masalah ini, amalkan beberapa kaedah rawatan seperti penggunaan pam vakum. Ia boleh digunakan pada zakar dengan bantuan pasangan wanita.

Apabila ketegangan berlaku, ia boleh dikekalkan dengan menambat cincin getah ke pangkal zakar dan hubungan kelamin boleh dilakukan.

Selain itu, anda boleh mengambil pil Viagra yang dapat membantu mengekalkan ketegangan zakar akibat rangsangan sentuhan kepadanya.

Teruskan bacaan...

Tiada daya

SEBELUM berkahwin, pastinya seseorang itu, terutama lelaki, membuat pelbagai persiapan sebagai persediaan, termasuk daripada segi kemampuan batinnya.

Kemampuan batin tentu menjadi isu sensitif bagi lelaki kerana tidak mahu ‘kalah’ kepada isteri apabila melakukan hubungan kelamin selepas berkahwin.


Bagaimanapun, mungkin ada yang akan menghadapi masalah selepas perkahwinan, dan ia mungkin mengambil masa seminggu, sebulan, setahun atau bertahun-tahun selepas itu.

Sebenarnya, mungkin anda yakin mengenai syahwat sendiri, tetapi apa yang berlaku kemudian di luar jangkaan kerana pelbagai sebab akan memungkinkannya terjadi.

Mungkin anda tiada tandingan daripada segi keinginan seks, tetapi berdasarkan ‘prestasi’, anda tidak berdaya seperti yang dijangka atau diingini.

Ia mungkin berlaku ketika anda dalam keadaan teruja seksual, di mana ereksi berlaku dengan kemasukan banyak darah ke dalam otot zakar.

Darah yang masuk dengan lancar itu mengisi ruang otot dengan padat dan dalam keadaan itu, pembuluh darah ven atau pembuluh darah untuk penyaluran darah keluar dari otot zakar menjadi sempit, jadi darah yang berkumpul kekal padat dalam otot zakar dan membuatkan zakar keras padat.

Dalam keadaan sedemikian, lelaki mudah menyalurkan ereksi ke dalam faraj. Jarang sekali berlaku situasi darah yang masuk dengan banyak ke dalam otot zakar mula keluar kerana pembuluh darah ven terbuka atau ‘bocor’.

Ereksi yang satu ketika keras padat hilang kepadatannya apabila darah mula kekurangan dalam ruang otot zakar.

Ini boleh berlaku secara tiba-tiba dan ketika lelaki itu banyak melakukan gerak badan.

Jadi tidak hairan jika dibandingkan dengan mati pucuk, banyak lelaki didapati mengalami masalah sukar kekalkan ereksi seperti biasa, walaupun perkara itu semakin kurang sejak kebelakangan.

Didapati juga lelaki yang mempunyai otot kemut yang lemah juga mudah mengalami masalah. Jika ereksi lancar dan otot kemut dicengkam, ereksi menjadi lebih padat dan bertenaga. Jadi dalam keadaan padat itu dengan mengemut, ereksi menjadi lebih padat ketika disalurkan ke dalam faraj.

Jika penyaluran ereksi ke dalam faraj tidak dilakukan dengan mengemut, daya ereksi menurun dan kadangkala terasa sukar untuk disalurkan ke dalam faraj.

Didapati juga lelaki yang mudah hilang daya ketegangan dengan cepat selepas mencapai ereksi padat cuba mengatasinya dengan memasukkan ereksi secepat mungkin ke dalam faraj pasangan.

Jika anda mahu mengatasi masalah sukar mengekalkan ereksi selepas mencapai ereksi, saya syorkan anda mengukuhkan otot kemut anda melalui aktiviti senaman kemut.

Apabila otot kemut kuat, ketika ereksi berlaku, ereksi dapat dikekalkan dengan padat apabila otot lantai pelvis dicengkam atau kemut (seperti menahan kencing atau kentut).

Jadi lakukan senaman kemut atau senaman Kegel (www.kegel excercise for men.com) untuk meningkatkan daya ereksi.

Ada juga lelaki yang mengalami masalah itu menggunakan cincin menambat ereksi. Pernah berlaku cincin yang digunakan diperbuat daripada besi dan menyakitkan apabila ereksi menjadi padat sehingga menutup saluran darah dalam zakar.

Cincin yang dibeli tanpa nasihat dan pemeriksaan doktor boleh memudaratkan jika ia ketat atau keras, oleh yang demikian jangan mudah terpedaya.

Teruskan bacaan...

Sunday, April 26, 2009

Persoalan mengenai zakar

Soalan:
SAYA ada beberapa kemusykilan. Pertama, bagaimana cara membesarkan kemaluan lelaki dari segi ketebalan dan panjang zakar? Apakah kaedah paling selamat yang diamalkan di Malaysia? Selain itu, apakah kita mempunyai pusat perubatan yang menawarkan perkhidmatan pembedahan membesarkan payu dara wanita? Apakah teknik selamat bagi tujuan ini?

Musykil,
Kuala Lumpur


Jawapan:
Bagi mengulas soalan pertama, mengikut kajian yang pernah dibuat, tidak ada kaedah terbaik atau selamat untuk membesarkan zakar ketika ini.
Ada beberapa teknik di pasaran seperti penggunaan vakum, suntikan, urutan, pil malah pembedahan bertujuan memanjangkan zakar. Tetapi kebanyakan teknik ini menimbulkan kesan sampingan selain membazir wang.

Malah teknik memotong ligament suspensori dalam pembedahan hanya dapat memanjangkan zakar pada ukuran kurang dari seinci saja. Kebanyakan lelaki masih mempunyai tanggapan mereka memerlukan zakar panjang untuk memuaskan pasangan serta meningkatkan self esteem.

Ini tanggapan salah kerana saiz zakar tidak penting untuk memuaskan pasangan. Sekiranya saudara mempunyai saiz badan yang berisi (obes), salah satu cara mudah ialah mengurangkan berat badan. Ini kerana pengumpulan lemak pada bahagian pubis akan menyebabkan zakar kelihatan pendek. Dengan pengurangan lemak di bahagian pubik, ia boleh membantu memulihkan kepanjangan zakar.

Bagi soalan kedua, beberapa hospital swasta di Malaysia menawarkan kaedah pembesaran buah dada wanita. Pembedahan pembesaran buah dada ini dilakukan pakar bedah plastik

Ada pelbagai teknik digunakan seperti memasukkan silikon ke dalam buah dada. Saudara boleh menghubungi hospital swasta berdekatan tetapi amat penting untuk saudara pastikan doktor yang akan melakukan pembedahan adalah pakar bedah plastik bertauliah dan berpengalaman dalam pembedahan pembesaran buah dada.

Soalan:
Saya ada beberapa saya ingin diajukan kepada doktor:

1. Jika saiz zakar lelaki adalah lapan sentimeter, apakah air mani dapat disalurkan ke dalam faraj wanita?.Adakah wanita itu puas bila melakukan hubungan seks?

2. Jika ingin menambah saiz zakar dari segi panjangnya, produk apakah yang sesuai?.Apakah pengambilan minyak belacak sesuai diamalkan? Saya mendapat tahu dari sebuah laman web bahawa minyak belacak amat mujarab dalam membesar dan memanjangkan saiz zakar. Apakah ada kesan sampingan jika kita menggunakan ubat ini?

3. Jika lubang air kecil pada zakar letaknya ke bawah sedikit, maksud saya tidak normal seperti lubang air kecil lelaki lain. Dalam keadaan ini, bolehkah air mani disalurkan?. Perlukah pembedahan untuk membetulkannya?

4. Jika kita mengurut zakar untuk memanjangkan saiz zakar, adakah ia membawa mudarat untuk kesan jangka panjang?

Sekadar ingin tahu,
Kedah Darul Aman.

Jawapan:
Seperti yang saya nyatakan dalam jawapan soalan pengirim pertama, saiz zakar bukan faktor penentu kepuasan wanita. Ada pelbagai faktor yang perlu diambil kira untuk memuaskan pasangan saudara.

Ini termasuk kualiti ereksi, jangka masa persetubuhan, teknik foreplay dan afterplay. Saiz zakar juga bukan faktor penentu kemasukan air mani ke dalam vagina. Apa yang penting adalah kelajuan pancutan dan kualiti air mani saudara.

Purata saiz zakar bagi seseorang lelaki ketika ereksi adalah antara empat hingga enam inci dan ukur lilit juga pada kadar saiz sama. Pada pendapat saya, saiz zakar saudara adalah normal.

Ada pelbagai produk di pasaran yang dikatakan boleh membantu memanjang dan membesarkan zakar. Ini termasuk penggunaan pil, minyak, pam vakum, cincin zakar, suntikan, urutan dan pembedahan.

Saudara perlu berhati-hati dalam menggunakan produk ini kerana kebanyakannya tidak berkesan, membazirkan wang dan boleh membawa kepada pelbagai kesan sampingan serius. Saya sendiri melihat pelbagai komplikasi yang timbul akibat suntikan kolagen di zakar, urutan batin yang menyebabkan zakar bengkak dan lebam serta mengakibatkan kecederaan pada saluran urethra. Ada juga komplikasi cincin zakar yang tidak dapat dikeluarkan.

Mengenai lubang kencing yang berada di bawah, jika ia membuka ke arah hadapan dan berada di kawasan kepala zakar, ia tidak menjadi masalah untuk menyalurkan air mani. Bagaimanapun, saya nasihatkan saudara berjumpa doktor untuk memastikan anda tidak mempunyai masalah hypospadias iaitu masalah pembukaan saluran kencing tidak normal.

Jika ia tidak serius, saudara tidak perlu menjalani sebarang pembedahan.

Teruskan bacaan...

Saturday, April 25, 2009

Enggan akui ‘kelemahan’

KEEGOAAN suami yang malu untuk menceritakan kelemahan ‘tenaga’ dikenal pasti antara punca berlakunya peningkatan masalah itu setiap tahun. Sejak dua tahun lalu, antara 2.4 hingga 2.5 juta penduduk di negara ini yang berusia dari 56 hingga 76 tahun menghadapi masalah itu.

Keadaan itu menyebabkan pasangan mereka berasa tidak selesa hingga menjejaskan kebahagiaan rumah tangga.


Sesetengahnya cuba membantu dengan mendapatkan bantuan doktor bertauliah untuk memulihkan tenaga suami mereka yang enggan mengakui ‘kelemahan’ itu.

Malangnya suami mereka enggan berjumpa dan mendapatkan khidmat nasihat daripada doktor kerana ego dan enggan mendedahkan masalah dihadapinya.

Malah, golongan ini lebih seronok menggunakan cara sendiri, termasuk menggunakan pendekatan yang sukar diketahui orang lain, terutama mendapatkan khidmat ‘baik pulih'.

Inilah trend yang berlaku hari ini apabila keegoan menguasai dalam diri seseorang serta sukar untuk menyelesaikan perkara ini dengan cara yang baik.

Kajian saintifik menunjukkan 40 peratus mereka yang mati pucuk berusia di antara 40 tahun dan 60 peratus berumur 60 tahun.

Peningkatan umur menyebabkan masalah itu berlarutan di kalangan lelaki, tetapi tiada pendekatan sesuai diambil bagi mengatasinya.

Bagi menangani masalah itu, lelaki terbabit lebih mempercayai produk tenaga batin di pasaran kononnya mampu menguatkan tenaga batin mereka.

Pandangan itu hanyalah gaya hidup dan bukan untuk memulihkan kembali ‘kuasa’ mereka.

Kajian menunjukkan kandungan bahan menguatkan tenaga batin di pasaran terlalu rendah, iaitu sekitar dua hingga tiga miligram, walaupun tubuh kita memerlukan antara 25 hingga 50 miligram.

Itulah persepsi lelaki ego apabila enggan mendedahkan masalah mereka.

Jika mereka berjumpa doktor, diyakini masalah mereka dapat diatasi kerana kita ada kaedah sesuai untuk merawat mereka.

Banyak cara yang boleh dilakukan, tapi buanglah sikap malu itu.

Teruskan bacaan...

Sunday, April 19, 2009

Kemaruk ubat kuat

Lelaki Malaysia tidak sedar bahana ubat kuat

"GAGAH, besar dan perkasa. Sekali kena, mesti nak lagi." Ini bukanlah iklan bangunan mercu tanda, projek bernilai berjuta-juta ringgit atau makanan kesihatan sebaliknya kata-kata tarikan iklan ubat atau produk perangsang tenaga batin bagi lelaki.

Ubat yang sebaliknya menjerat dan mengundang padah lebih besar - semakin ramai lelaki negara ini kemaruk ubat kuat, seperti diakui pakar perubatan.

Katakan saja di mana, baik di kaki lima, di muka pintu, di corong radio, televisyen, warung kopi di kampung, pasar gelap serta di internet, semuanya sudah mampu dibolosi iklan produk seperti pil, kapsul, minuman didakwa mengandungi Tongkat Ali, serbuk, minyak sapu dan krim. Iklan dari mulut ke mulut pula lazimnya membabitkan rawatan tradisional seperti urut, susuk dan memasukkan bebola besi pada kulit zakar itu atas alasan menjadikannya kuat.

Ketika kita tersenyum lebar mendengar iklan kopi yang namanya menggambarkan kejantanan, tidak ramai yang menyedari padah akibat 'penaklukan' ubat kuat yang berlambak di pasaran ini. Padah yang menunjukkan semakin ramai lelaki termasuk intelektual serta yang masih bergelar penuntut universiti sanggup berbelanja bagi memastikan kekuatan tenaga batin biarpun ada produk yang berisiko menjejaskan kesihatan, termasuk menyebabkan mereka mengalami mati pucuk atau Disfungsi Erektil (ED).

Data Kementerian Kesihatan menunjukkan rakyat negara ini membelanjakan kira-kira RM27 juta untuk membeli ubat perangsang seks seperti Viagra dalam tempoh Mac 2007 hingga Mac 2008.


Malah, ini menjadi antara faktor semakin banyak syarikat pengeluar makanan dan minuman berlumba-lumba menghasilkan produk didakwa mengandungi herba penguat tenaga batin itu selain kebanjiran produk dari India, Indonesia dan China termasuk yang diharamkan.

Namun, sejurus diharamkan, sepantas kilat ia dengan mudahnya dijual di pasaran gelap menerusi ejen atau 'kaki' yang tanpa segan silu mengiklankannya menerusi internet. Pengaruh ubat kuat ini bukan lagi soal tepuk dada tanya selera, tetapi sebegitu mudah diperoleh menerusi sentuhan di hujung jari mendail nombor telefon terpampang di kaki lima hinggalah di internet.

Selamat atau tidak produk itu, haram atau halal, mahal atau murah serta sakit atau tidak kaedahnya bukan lagi keutamaan lelaki ini yang mengutamakan nafsu daripada segala-galanya.

Persoalannya, mengapakah lelaki tempatan sebegitu kemaruk dengan produk ini? Pakar Perubatan Sakit Tuan, Dr Ismail Tambi, mengakui sikap kemaruk itu bukan saja dihidapi mereka sudah berusia yang lebih sinonim dengan masalah mati pucuk, sebaliknya lebih membimbangkan apabila ia turut membabitkan lelaki muda, termasuk remaja.
"Semakin ramai lelaki sebegitu kemaruk dengan apa saja produk penguat tenaga batin. Inilah hakikat berdasarkan pengalaman saya sejak bertahun-tahun lamanya mengendalikan kes ini yang bukannya semakin berkurangan tetapi meningkat.

"Mereka ini sanggup berbuat apa saja demi kepuasan diri. Hubungan kelamin bukan lagi rahsia suami isteri, sebaliknya menjadi lambang kebanggaan kekuatan atau kuasa si lelaki. Ini diburukkan lagi dengan kegiatan seks rambang pasangan belum berkahwin dan turut berlumba-lumba mendapatkan produk ini," katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Apa menyedihkan, kata Dr Ismail, beliau merawat pesakit yang pada akhirnya berdepan masalah mati pucuk akibat tindakan mengambil produk ubat kuat ini.

"Produk ini pula ada yang bukannya buatan tempatan, sebaliknya dibawa masuk dari negara jiran. Produk diharamkan di Indonesia, China dan India ini turut mendapat sambutan hangat di pasaran tempatan. Malah, saya sendiri terpaksa membuat laporan polis apabila ada pihak tidak bertanggungjawab menggunakan nama saya untuk mengiktiraf produk tertentu."

Dr Ismail berkata, beliau tidak segan mendedahkan masalah ini kerana menyedari tanggungjawabnya menyampaikan bahaya akibat pengambilan ubat kuat ini.

"Mereka mengambilnya tanpa mengira risiko kesihatan. Saya yakin tidak ramai menyedari bahana pengambilan produk ini. Anak muda yang mengambilnya boleh berdepan risiko mati pucuk walaupun pada usia 20-an. Malah ada satu kes itu, mangsa mengalami ereksi selama dua hari dan selepas itu alat sulitnya tidak berfungsi langsung. Bayangkan apa akan jadi pada generasi kita yang berdepan masalah seperti kesukaran mendapat anak akibat tindak tanduk sendiri."

Katanya, tidak kurang yang sanggup menderita apabila memilih memasukkan bebola besi yang menyakitkan ke dalam kulit zakar lelaki.

"Bagi mereka, kekuatan tenaga batin menjadi kunci kebahagiaan. Kaedah tradisional seperti susuk dan bebola besi ini memang menyakitkan bukan saja kepada lelaki itu tetapi isterinya juga. Tetapi beliau tidak peduli kerana apa yang penting, nafsu dirinya diutamakan.

"Banyak kes yang dirujuk kepada saya membabitkan masalah yang mana kulit zakar lelaki itu rosak. Sakit memang sakit, tetapi lelaki jenis ini sanggup menderita. Ini yang menyedihkan kita," katanya.

Setiausaha Agung Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Muhammad Shaani Abdullah, menyalahkan sikap pengguna yang terlalu mengutamakan produk penguat tenaga batin ini sebagai punca barangan itu berlambak di pasaran.

"Ramai pengguna tidak sedar mereka sebenarnya terpedaya dengan pelbagai dakwaan palsu syarikat pengeluar produk herba dan ubat kuat yang mahu melariskan jualan mereka. Berapa ramaikah pengguna bertanyakan apakah produk itu benar-benar mengandungi bahan Tongkat Ali dan Kacip Fatimah seperti diakui pada label produk itu?

"Apakah produk dan syarikat itu boleh dipercayai dan benarkah ia mampu memberi hasil seperti didakwa? Jawapannya, tiada siapa pun boleh memberi jaminan keaslian mahu pun kemujaraban produk itu. Akhirnya, pengguna menjadi mangsa ketika pengeluar mencatat keuntungan berlipat ganda di atas produk yang tidak mengandungi sebarang keajaiban itu," katanya.

Shaani yang berpengalaman luas dalam bidang penghasilan produk herba sebelum menyertai Fomca berkata, berdasarkan pengalamannya sendiri, tidak banyak produk di pasaran yang mengandungi bahan didakwa penguat tenaga batin itu.

"Permintaan terhadap Tongkat Ali memang besar. Tetapi pengeluarannya dalam negara ini juga amat terhad dan tidak mungkin dapat memenuhi permintaan tinggi. Berikutan itu, tidak mungkin ada syarikat yang boleh mencampurkan kandungan tinggi Tongkat Ali dalam produk mereka. Saya berani jamin," katanya.

Sehubungan itu, beliau menasihati orang ramai supaya peka dan mengutamakan hak sebagai pengguna apabila membuat pilihan bagi mana-mana produk, terutama yang membabitkan makanan.

Tiada kajian saintifik kandungan herba kuat

SEJAUH manakah produk ubat kuat ini benar-benar mengandungi bahan perangsang seks seperti herba popular Tongkat Ali?

Hakikat ini sukar dibuktikan berikutan tiada satu kajian saintifik yang benar-benar menyeluruh mengenai kebenaran dakwaan itu atau pun kaedah penyediaan serta cara ekstrak bahan itu diperoleh.

Mengikut kajian saintifik, setiap pengambilan kopi didakwa mengandungi Tongkat Ali perlu mengandungi sekurang-kurangnya 1 mg ekstrak herba itu dan daripada kandungan itu, hanya lima peratus ekstrak dapat diserap oleh badan.

Namun, kenyataan dua institusi penyelidikan tempatan sebelum ini sedikit sebanyak boleh memberi gambaran persoalan ini.

Kajian Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) membabitkan 10 jenama kopi Tongkat Ali popular di pasaran pada 2007, mendapati tujuh daripadanya mengandungi hanya 0.25 peratus hingga 1.6 peratus ekstrak herba itu yang didakwa tidak cukup untuk memberi manfaat kesihatan atau faedah seperti digembar gemburkan.

Penyelidikan itu mendapati kandungan bahan aktif herba itu di dalam minuman berkenaan pula hanya antara 0.0039 peratus hingga 0.0246 peratus atau 7.8 nanogram (ng) hingga 49.3ng, jauh daripada paras yang dapat memberi manfaat kesihatan.

Manusia normal yang berhasrat memperoleh khasiat herba itu perlu mengambil sekurang-kurangnya satu miligram (mg) bahan aktif Tongkat Ali bagi setiap kilogram (kg) berat badannya atau tidak lebih 3 mg bagi setiap kg berat badan, sehari. Atau lebih tepat lagi, individu yang mempunyai berat badan 80kg memerlukan minimum 80 mg ekstrak herba itu sehari jika mahu memperoleh faedah herba itu.

Satu lagi kenyataan memetik institusi penyelidikan, Loji Pandu Kejuruteraan Kimia (CEPP) Universiti Teknologi Malaysia yang mendakwa pengambilan kopi kuat yang mengandungi kurang 0.05 mg bahan aktif Tongkat Ali atau Kacip Fatimah, tidak mendatangkan kesan dari sudut kesihatan.

Malah jika benar mengandungi ekstrak Tongkat Ali, kopi yang diminum berasa pahit. Ada yang meminumnya mengakui lebih bertenaga tanpa menyedari ia disebabkan kandungan gula yang tinggi dalam paket dan boleh mendedahkan mereka kepada masalah kesihatan lain seperti kencing manis jika diambil berterusan dalam tempoh beberapa tahun.

INFO: Ubat kuat

Data Kementerian Kesihatan menunjukkan rakyat negara ini membelanjakan kira-kira RM27 juta untuk membeli ubat perangsang seks seperti Viagra dalam tempoh Mac 2007 hingga Mac 2008. Selain Viagra, ubat perangsang seks paling laris adalah Cialis dan Levitra.


Bagi tempoh Januari hingga Jun tahun lalu, RM1.4 juta ubat perangsang seks berjaya dirampas dan Selangor mencatat nilai rampasan tertinggi iaitu RM1.1 juta.


Sekurang-kurangnya 90 ubat tradisional penguat tenaga lelaki dan wanita, makanan tambahan dan kosmetik keluaran syarikat di Indonesia dilabelkan kerajaan negara itu tidak selamat.


Antara kes padah ubat kuat termasuk seorang lelaki Singapura maut akibat pengambilan ubat kuat 'Urat Madu' ketika melanggan pelacur di Batam, awal tahun ini. Pada 2007, tiga lelaki dari Pulau Pinang yang membeli ubat kononnya dihasilkan daripada zakar buaya di Chow Kit pada harga RM50 bagi 20 kapsul. Seorang daripada mangsa mendakwa mengalami kebas dan kejang badan selepas memakan dua kapsul sebelum melakukan hubungan intim dengan isterinya. Alat kelaminnya juga gagal berfungsi menyebabkannya terpaksa merujuk nasihat pakar. Seorang lagi terpaksa dirawat di hospital selama dua hari selepas memakan ubat itu


Teruskan bacaan...

Friday, April 17, 2009

Risau urut

SOALAN

SAYA mendapati suami sering mengurut batang zakarnya. Menurutnya, dengan mengurut urat di situ, pengaliran darah lebih lancar.

Adakah mengurut batang zakar mampu melancarkan pengaliran darah dan apakah ada kesan untuk jangkamasa pendek atau panjang.

RUBI
Terengganu


JAWAPAN

Mengurut secara membelai zakar harus dilakukan untuk memantapkan lagi tindak balasnya kepada stimulasi memandangkan ia sensitif kepada sentuhan.

Mengurut zakar tidak melancarkan darah dalam zakar seperti yang berlaku kepada otot badan kerana zakar bukan otot tetapi organ vaskular.

Mengurut secara keras dan kasar boleh mencederakan tisu lembut zakar.

Saya tidak syorkan zakar diurut sesiapa selain pasangan atau yang empunya diri kerana jika dilakukan pasangan atau diri sendiri, urutan dilakukan sekadar untuk keseronokan atau menghayati perasaan erotik.

Lebih baik lakukan belaian bersama pasangan daripada syok sendiri kerana itu dapat membina silaturahim antara pasangan.

Teruskan bacaan...

Monday, April 13, 2009

Zakar keputihan terasa gatal

SAYA berumur 21 tahun dan berdepan masalah zakar mengalami keputihan seakan-akan kulat selain terasa gatal. Adakah ia satu daripada gejala jangkitan akibat seks (STD) walaupun saya tidak pernah melakukan hubungan seks.

JEJAKA BIMBANG
Ipoh, Perak


Bahagian tertutup pada zakar lelaki yang tidak berkhatan atau kulup mudah lembap dan menjadi tempat penginapan kulat.

Kulat itu pula wujud di merata bahagian tubuh, lebih-lebih lagi di kelengkang serta salur najis dan dalam masa sama, ia mudah membiak jika individu terbabit kebetulan memakan ubat antibiotik bagi merawat penyakit berkaitan jangkitan.

Jadi, anda tidak perlu hairan kerana apa yang berlaku mungkin petanda jangkitan kulat kerana anda tidak pernah melakukan hubungan seks, biarpun jangkitan terbabit mudah berlaku melalui hubungan seksual!

Jangan anda cuba merawat sendiri dan menggunakan segala krim atau apa saja difikirkan sesuai untuk menghilangkannya bimbang ia membiak atau menular ke bahagian lain.

Saya mencadangkan anda berjumpa doktor untuk kepastian dan doktor akan memberi ubat nyah kulat atau anti kulat jika benar anda menghidapnya.

Teruskan bacaan...

Bedah untuk besar saiz

ALAT kelamin saya bersaiz kecil. Bolehkah pembedahan untuk membesarkannya dilakukan?

AHMAD
Damansara, Selangor



Bagi lelaki saiz dan bentuk zakarnya menjadi tumpuan. Jika saiz serta bentuk zakar yang dibicarakan, tidak ramai wanita mampu memberi ulasan kecuali mereka yang pernah ditiduri beberapa lelaki yang mempunyai saiz selain bentuk zakar berbeza.

Oleh itu, bentuk dan saiz zakar lelaki bukan isu utama kepada wanita, asalkan lelaki itu dapat berintiman dan prihatin kepada mereka, itu yang menjadi pilihan.

Walaupun demikian, tidak dinafikan segelintir lelaki memiliki saiz dan bentuk zakar yang kecil dalam keadaan erek dan ia tentu boleh mengganggu keintiman daripada segi memberi kepuasan atau kesempurnaan dalam persetubuhan kepada pasangan.

Pernah seorang isteri menjelaskan dilema mempunyai suami berzakar kecil yang gagal kekal dalam faraj kerana setiap kali suami bergerak, ereksinya terlepas!

Zakar yang ukurannya kurang dari enam sentimeter (sm) ketika erek ditakrifkan sebagai zakar mikro.

Lelaki yang mempunyai ukuran zakar yang lebih dari itu tetapi kurang dari sembilan sm ketika erek mempunyai zakar yang kecil.

Kedua-dua situasi itu ada penawarnya, sama ada ia boleh dikendalikan melalui pembedahan pembesaran dan pemanjangan atau menggunakan peralatan yang dapat menarik anggota itu ke tahap diinginkan secara tetap.

Jadi saya syorkan kepada anda dan sesiapa yang inginkan perubahan kepada anggota kelamin mereka supaya jangan sekali-kali dapatkan rawatan yang boleh membahayakan diri.

Teruskan bacaan...

Kepala zakar kaki onani berubah warna hijau

SAYA berusia 20 tahun dan sering melakukan onani. Bahagian kepala zakar saya kini berwarna kehijauan dan ia sungguh meresahkan. Mengapa ia berubah warna dan bagaimana mahu mengembalikan warna kepada yang asal iaitu kemerahan.

INGIN TAHU
Kuala Nerang, Kedah


Pertukaran warna itu berlaku kerana zakar anda mengalami sedikit keradangan. Jika anda masih beronani dalam keadaan separa radangan itu, ada kemungkinan pembuluh darah halus dalam zakar tercedera, biasanya di permukaan kulit penghujung alat kemaluan itu, seterusnya darah memercik keluar di bawah kulit cerah berkenaan.

Akibatnya, warna bahagian kepala zakar bertukar kepada kurang cerah, mungkin lebam atau kelihatan kehijauan seperti anda alami.

Jika onani tidak dilakukan untuk seketika, warna luar biasa itu akan berkurangan, manakala hujung atau kepala zakar kelihatan lebih cerah.

Jarang kulit mukosa kepala zakar mengelupas. Ia boleh berlaku apabila kulit luar penghujung zakar yang tercedera itu pulih.

Oleh itu, anda perlu tahu menggesel hujung zakar dengan tangan dalam keadaan lama dan kuat boleh menyebabkan tekanan kepada bahagian berkenaan, seterusnya tidak mustahil masalah sama boleh berulang.

Teruskan bacaan...

Pengantin risau kemaluan bengkak

SAYA baru melangsungkan perkahwinan dan berdepan masalah iaitu kemaluan membengkak secara tiba-tiba. Ia tidak sakit, malah saya tiada masalah untuk membuang air kecil. Namun saya agak risau dengan perkara itu.


HAKIM
Kuala Lumpur


Pasangan yang baru berkahwin kerap melakukan hubungan seksual. Dalam keadaan teruja, anggota kelamin anda mengembang dan membesar sambil mengeras.

Ia adalah kesan kemasukan darah dalam jumlah banyak ke dalam liang otot zakar dan tisu lembut.

Jarang berlaku situasi anggota kelamin yang kerap digunakan untuk bersetubuh membengkak atau mengembang secara tiba-tiba.

Ia terjadi kerana tisu lembut zakar iaitu bahagian penghujung zakar mengalami keradangan secara tiba-tiba dan tisu itu mengembang apabila cecair dalam sel mula mencurah di luar sel.

Keadaan itu akan reda dalam tempoh singkat tanpa perlu berbuat apa-apa. Bagaimanapun, jika bahagian yang membengkak itu dituam dengan air sejuk atau ais, kebengkakan berkenaan akan surut dengan cepat.

Kebiasaannya, kebengkakan berlaku pada sebelah pagi selepas pasangan melakukan hubungan seksual pada malamnya.

Bagaimanapun, jika kebengkakan itu sering berlaku walaupun hubungan seksual tidak begitu kerap, anda mungkin berdepan masalah lain.

Jika ia berlaku, saya nasihatkan anda bertemu doktor untuk menjalani pemeriksaan kerana ia mungkin akibat alahan kepada sesuatu.

Teruskan bacaan...

Risau urut

SOALAN

SAYA mendapati suami sering mengurut batang zakarnya. Menurutnya, dengan mengurut urat di situ, pengaliran darah lebih lancar.

Adakah mengurut batang zakar mampu melancarkan pengaliran darah dan apakah ada kesan untuk jangkamasa pendek atau panjang.

RUBI
Terengganu



JAWAPAN

Mengurut secara membelai zakar harus dilakukan untuk memantapkan lagi tindak balasnya kepada stimulasi memandangkan ia sensitif kepada sentuhan.

Mengurut zakar tidak melancarkan darah dalam zakar seperti yang berlaku kepada otot badan kerana zakar bukan otot tetapi organ vaskular.

Mengurut secara keras dan kasar boleh mencederakan tisu lembut zakar.

Saya tidak syorkan zakar diurut sesiapa selain pasangan atau yang empunya diri kerana jika dilakukan pasangan atau diri sendiri, urutan dilakukan sekadar untuk keseronokan atau menghayati perasaan erotik.

Lebih baik lakukan belaian bersama pasangan daripada syok sendiri kerana itu dapat membina silaturahim antara pasangan.

Teruskan bacaan...

Zakar bengkok

SAYA berusia 19 tahun dan ada masalah, iaitu kedudukan kemaluan saya lebih ke sebelah kiri. Saya bimbangkan kedudukan kemaluan saya, jadi apakah caranya untuk membetulkan masalah ini?

HAFIES
Tampin, Negeri Sembilan


Anggota kelamin lelaki ketika biasa, ia berkedudukan di depan. Ketika erek, kedudukannya berbeza sama ada hala ke depan, melengkung ke depan, ke kiri atau ke kanan dan jarang kali ia bengkok serta kelihatan cacat.

Jika ereksi lelaki itu bengkok sedikit, baik ke kiri atau ke kanan yang tidak sakit jika cuba diluruskan, itu menandakan ereksi lelaki itu tidak memberi masalah ketika bersama kelak.

Jika bengkok itu ketara dan menyukarkan lelaki itu apabila cuba melurus atau menghalakan ereksi ke depan, lelaki itu mengalami masalah kebengkokan zakar dan keadaan ini dikenali sebagai penyakit ‘peyronie’.

Kedudukan zakar yang melengkung ke kiri atau ke kanan mungkin akibat amalan memposisikan zakar sebegitu. Jadi, apabila zakar itu dibiarkan kedudukan begitu, ia akan berbentuk begitu.

Jarang kecederaan zakar berlaku ketika lelaki itu tidur dan zakar yang erek tertindih badan atau terhentak ke tilam dan jika kecederaan itu ketara, bahagian yang kena hentak atau bengkok itu akan membengkak dan radang dan lama-kelamaan parut timbul dan zakar kelihatan bengkok.

Apabila keadaan ini berlaku, rawatan sewajar perlu diberi. Ini boleh dilakukan dengan menggunakan alat ‘penis extender’ yang bernama ‘andropenis’ (www.andromedical.com).

Masalah ini tidak dapat diatasi secara urutan kerana boleh memudaratkan lagi.

Jika anda tidak pasti keadaan zakar anda ketika erek, elok jumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan. Jika keadaan tidak serius, anda tidak perlu buat apa-apa.

Memang posisi ereksi tidak selalu sehala, memang ada sedikit kebengkokan dan apabila anda padatkan ereksi dengan ‘mengemut’, iaitu mencengkam otot lubang najis dan lubang kencing, ereksi yang kendur atau melengkung itu kelihatan sehala.

Jika tidak sehala dan sakit ketika anda cuba memposisinya ke depan, elok anda jumpa doktor. Jika hendak jumpa saya, datang ke Damai Service Hospital, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.

Teruskan bacaan...

Muda tapi kendur

SUAMI saya berumur 36 tahun dan sihat tubuh badan. Kami mendirikan rumah tangga 12 tahun lalu dan ada empat anak.

Kebelakangan ini, suami berdepan masalah. Dia ada rangsangan untuk melakukan hubungan kelamin dan zakarnya menegang (ereksi) tetapi apabila ingin memasukkan ke dalam faraj ia terus mengendur.

Bagaimanapun, apabila dirangsang semula, ia boleh memancutkan air mani tanpa memasukkan zakar ke dalam faraj. Kami benar-benar buntu dengan masalah ini memandangkan umur suami masih muda.

MENGHARAP
Subang, Selangor



Apabila lelaki terangsang, perjalanan darah dalam otot zakar lancar dan memenuhi ruang dalam otot. Ini membuatkan anggota itu tegap, padat serta keras.

Ketika itu pembuluh darah ven menjadi sempit supaya darah dalam zakar tidak keluar serta mengekalkan ereksi supaya mudah untuknya lakukan seks penetratif dengan pasangan.

Keadaan berubah apabila pembuluh darah ven tidak menyempit, malah terbuka dan membuatkan darah dalam otot zakar langsung keluar, menyebabkan ereksi kendur serta tidak bermaya.

Ada segelintir lelaki muda mengalami masalah itu yang juga ada kaitan dengan kegagalan mencapai ereksi tegap dan kekal untuk persetubuhan.

Masalah itu juga dikenali sebagai disfungsi erektil atau ED, iaitu walaupun pada awalnya ereksi tegap dan padat, tetapi gagal menyalurkannya ke dalam salur faraj kerana ketegangan tidak kekal.

Jika ia kerap berlaku dan lelaki itu kerap gagal melakukan seks penetratif, dia perlu berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan kesihatan, selain mendapatkan rawatan sewajarnya.

Segelintir lelaki yang mengalami masalah itu cuba mengatasinya dengan cepat-cepat menyalurkan ereksi ke dalam faraj sebelum layu. Jika pasangan belum bersedia lagi, sudah tentu perbuatan itu menyakitkannya. Penetrasi secara paksaan sebelum isteri bersedia memang menyakitkan!

Ada juga segelintir lelaki menambat pangkal zakar untuk mengekalkan ketegangan dengan menggunakan getah penambat. Ini dapat menyelesaikan masalah untuk seketika, tetapi tidak dapat menyelesaikan masalah yang menjadi punca sebenar.

Apabila masalah ini kerap berlaku, ia boleh menjadi petanda masalah kesihatan yang lebih mendalam. Contohnya, peningkatan kolesterol dalam darah, masalah pra diabetis, penyakit darah tinggi atau koronari, selain petanda tekanan akibat gaya hidup tidak sihat.

Mengambil ubat kuat atau mendapatkan urutan tradisional di bahagian anggota sulit bukan cara terbaik kerana masalah kesihatan yang mendalam tidak dapat dikesan.

Untuk permulaan, individu itu boleh berjumpa doktor keluarga untuk menjelaskan masalah seksual dialaminya.

Jika dia tidak mengamalkan gaya hidup sihat, dia perlu memulakannya. Jadi, jumpa doktor secepat mungkin untuk mendapatkan bantuan.

Teruskan bacaan...

Sunday, April 12, 2009

Bercerai kerana masalah mati pucuk

Siapa yang tidak terpikat dengan Melisa, wanita cantik penuh sopan. Sungguhpun Rizal tidak pernah bercadang untuk mempunyai teman wanita di kala kerjayanya berada di puncak, namun wajah dan liuk lenggok tubuh Melisa menawan hatinya. Rizal tidak bertepuk sebelah tangan apabila Melisa juga berperasaan yang sama.

Sungguhpun ramai yang cuba memikat Melisa namun begitu Rizal yang berjaya menawan hatinya. Ramai juga yang kecewa apabila melihat Rizal mula berpasangan dengan Melisa. Awalnya Rizal tidak berhasrat bercadang untuk mendirikan rumah tangga dengan mana-mana wanita pun. Semuanya gara-gara ‘sakit tuan’ yang dihidapi. Dia tidak fi kir akan bahagia dengan mana-mana wanita dengan penyakit yang dialami. Bukan Rizal tidak pernah bermimpi untuk mempunyai keluarga sendiri, namun begitu dia tidak yakin dapat merealisasikannya.

Setiap hari Melisa memujuk dan mendesak Rizal berkahwin dengannya. Jika tidak ada sebarang keputusan, Melisa mengancam akan berpisah dan mencari lelaki lain. Keadaan ini membuatkan Rizal takut. Dia begitu sayangkan Melisa, segala cintanya ditumpahkan kepada wanita itu. Setelah berfi kir masak-masak dan mendapat nasihat daripada doktor, Rizal akhirnya bersetuju untuk berkahwin dengan Melisa. Sesungguhnya Melisa tidak pernah mengetahui akan ‘kekurangan’ pemuda pilihannya sehinggalah pada malam perkahwinan mereka.

Pertama kali ‘bersama’, Melisa tidak pernah mengesyaki sebarang kekurangan pada diri Rizal. Begitu juga selepas beberapa kali melakukan perhubungan suami isteri. Akan tetapi setelah beberapa minggu melayari bahtera perkahwinan Melisa mula sedar akan ‘kekurangan’ suaminya itu. Rizal pula tidak pernah memberitahu masalah yang dihadapi kepada isterinya sebaliknya lebih rela memendamkannya sendiri. Dalam pada itu dia berusaha untuk melakukan yang terbaik ketika ‘bersama’ Melisa, namun begitu setiap kali mencuba, dia ternyata gagal.

Rizal juga sedar isterinya tidak mendapat kepuasan batin namun sepertinya Melisa memilih untuk mendiamkan diri. Puas berusaha Sebenarnya Rizal bukan tidak pernah berusaha menyelesaikan masalah kelelakiannya. Tanpa pengetahuan isterinya, setiap bulan Rizal akan berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan rawatan. Sudah banyak ubat yang diambil namun masih juga tidak berhasil. Selain itu dia juga mencuba perubatan tradisional tapi malangnya masalah itu tetap membelenggu dirinya. Dia memang tidak dapat memberikan yang terbaik ketika di ranjang bersama isteri.

Hampir setahun berumah tangga, Melisa tidak pernah merungut. Dia cuba menerima keadaan ini. Akan tetapi hati wanitanya mula terasa kekurangan bila usia perkahwinan masuk tahun kedua. Satu hari dia mengambil keputusan berani untuk berterus terang dan bertanya tentang masalah yang dihadapi suaminya. Awalnya Rizal mengelak untuk menjawab. Namun setelah didesak, barulah dia mengakui bahawa dirinya mengalami masalah seksual.

Rizal berterus terang bahawa tidak mampu memuaskan kehendak isterinya. Dia mati pucuk! Rizal juga mengaku bahawa dia sentiasa berusaha mengubah keadaan dirinya itu, tapi tidak berjaya. Penjelasan suami itu membuatkan Melisa berasa tertipu. Namun kerana sayangkan suami dia akhirnya sanggup membantu Rizal mengatasi masalah tersebut. Rizal cukup bersyukur dengan sokongan isterinya itu.


Penceraian jalan terbaik

Bermula daripada itu, Rizal dan Melisa sentiasa berusaha demi rumah tangga mereka. Namun puas berjumpa doktor, masalahnya masih jua gagal diselesaikan. Lebih dari itu dia berasa cukup kecewa kerana tidak mampu memberi zuriat seperti mana yang diinginkan oleh seorang isteri. Rizal tahu Melisa menderita dan dia tidak mahu wanita yang dicintainya itu berperasaan sedemikian buat selama-lamanya.

Dia tidak mahu Melisa mensia-siakan hidup bersama-samanya. Fikirnya penceraian adalah jalan terbaik. Dia mungkin tidak ditakdirkan untuk bersama Melisa hingga ke akhir hayat. Keputusan yang dibuat Rizal memang mengejutkan Melisa. Sungguhpun tidak bersetuju namun tiada apa yang dapat dilakukan lagi kerana Rizal telah melafazkan cerai kepadanya.

Walaupun mengakui masih mencintai Melisa, tapi bagi Rizal dia sanggup berkorban asalkan Melisa mempunyai zuriatnya sendiri. Kebahagiaan orang yang disayangi kata Rizal lebih penting daripada kebahagiaannya sendiri.

Teruskan bacaan...

Langgan artikel anda di sini

Perhal Blog

Blog ini memuatkan semua artikel yang berkaitan dengan kekeluargaan, kesihatan, motivasi, keagamaan dan permasalahan. Semua artikel di dalam blog ini merupakan artikel yang bertanggungjawab dan disiarkan dalam beberapa akhbar dan majalah popular di negara kita. Makluman.

Artikel Blog Terkini

  © Blogger template Ramadhan Al-Mubarak by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP