Saturday, April 25, 2009

Enggan akui ‘kelemahan’

KEEGOAAN suami yang malu untuk menceritakan kelemahan ‘tenaga’ dikenal pasti antara punca berlakunya peningkatan masalah itu setiap tahun. Sejak dua tahun lalu, antara 2.4 hingga 2.5 juta penduduk di negara ini yang berusia dari 56 hingga 76 tahun menghadapi masalah itu.

Keadaan itu menyebabkan pasangan mereka berasa tidak selesa hingga menjejaskan kebahagiaan rumah tangga.


Sesetengahnya cuba membantu dengan mendapatkan bantuan doktor bertauliah untuk memulihkan tenaga suami mereka yang enggan mengakui ‘kelemahan’ itu.

Malangnya suami mereka enggan berjumpa dan mendapatkan khidmat nasihat daripada doktor kerana ego dan enggan mendedahkan masalah dihadapinya.

Malah, golongan ini lebih seronok menggunakan cara sendiri, termasuk menggunakan pendekatan yang sukar diketahui orang lain, terutama mendapatkan khidmat ‘baik pulih'.

Inilah trend yang berlaku hari ini apabila keegoan menguasai dalam diri seseorang serta sukar untuk menyelesaikan perkara ini dengan cara yang baik.

Kajian saintifik menunjukkan 40 peratus mereka yang mati pucuk berusia di antara 40 tahun dan 60 peratus berumur 60 tahun.

Peningkatan umur menyebabkan masalah itu berlarutan di kalangan lelaki, tetapi tiada pendekatan sesuai diambil bagi mengatasinya.

Bagi menangani masalah itu, lelaki terbabit lebih mempercayai produk tenaga batin di pasaran kononnya mampu menguatkan tenaga batin mereka.

Pandangan itu hanyalah gaya hidup dan bukan untuk memulihkan kembali ‘kuasa’ mereka.

Kajian menunjukkan kandungan bahan menguatkan tenaga batin di pasaran terlalu rendah, iaitu sekitar dua hingga tiga miligram, walaupun tubuh kita memerlukan antara 25 hingga 50 miligram.

Itulah persepsi lelaki ego apabila enggan mendedahkan masalah mereka.

Jika mereka berjumpa doktor, diyakini masalah mereka dapat diatasi kerana kita ada kaedah sesuai untuk merawat mereka.

Banyak cara yang boleh dilakukan, tapi buanglah sikap malu itu.

0 comments:

Langgan artikel anda di sini

Perhal Blog

Blog ini memuatkan semua artikel yang berkaitan dengan kekeluargaan, kesihatan, motivasi, keagamaan dan permasalahan. Semua artikel di dalam blog ini merupakan artikel yang bertanggungjawab dan disiarkan dalam beberapa akhbar dan majalah popular di negara kita. Makluman.

Artikel Blog Terkini

  © Blogger template Ramadhan Al-Mubarak by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP