Sunday, April 26, 2009

Persoalan mengenai zakar

Soalan:
SAYA ada beberapa kemusykilan. Pertama, bagaimana cara membesarkan kemaluan lelaki dari segi ketebalan dan panjang zakar? Apakah kaedah paling selamat yang diamalkan di Malaysia? Selain itu, apakah kita mempunyai pusat perubatan yang menawarkan perkhidmatan pembedahan membesarkan payu dara wanita? Apakah teknik selamat bagi tujuan ini?

Musykil,
Kuala Lumpur


Jawapan:
Bagi mengulas soalan pertama, mengikut kajian yang pernah dibuat, tidak ada kaedah terbaik atau selamat untuk membesarkan zakar ketika ini.
Ada beberapa teknik di pasaran seperti penggunaan vakum, suntikan, urutan, pil malah pembedahan bertujuan memanjangkan zakar. Tetapi kebanyakan teknik ini menimbulkan kesan sampingan selain membazir wang.

Malah teknik memotong ligament suspensori dalam pembedahan hanya dapat memanjangkan zakar pada ukuran kurang dari seinci saja. Kebanyakan lelaki masih mempunyai tanggapan mereka memerlukan zakar panjang untuk memuaskan pasangan serta meningkatkan self esteem.

Ini tanggapan salah kerana saiz zakar tidak penting untuk memuaskan pasangan. Sekiranya saudara mempunyai saiz badan yang berisi (obes), salah satu cara mudah ialah mengurangkan berat badan. Ini kerana pengumpulan lemak pada bahagian pubis akan menyebabkan zakar kelihatan pendek. Dengan pengurangan lemak di bahagian pubik, ia boleh membantu memulihkan kepanjangan zakar.

Bagi soalan kedua, beberapa hospital swasta di Malaysia menawarkan kaedah pembesaran buah dada wanita. Pembedahan pembesaran buah dada ini dilakukan pakar bedah plastik

Ada pelbagai teknik digunakan seperti memasukkan silikon ke dalam buah dada. Saudara boleh menghubungi hospital swasta berdekatan tetapi amat penting untuk saudara pastikan doktor yang akan melakukan pembedahan adalah pakar bedah plastik bertauliah dan berpengalaman dalam pembedahan pembesaran buah dada.

Soalan:
Saya ada beberapa saya ingin diajukan kepada doktor:

1. Jika saiz zakar lelaki adalah lapan sentimeter, apakah air mani dapat disalurkan ke dalam faraj wanita?.Adakah wanita itu puas bila melakukan hubungan seks?

2. Jika ingin menambah saiz zakar dari segi panjangnya, produk apakah yang sesuai?.Apakah pengambilan minyak belacak sesuai diamalkan? Saya mendapat tahu dari sebuah laman web bahawa minyak belacak amat mujarab dalam membesar dan memanjangkan saiz zakar. Apakah ada kesan sampingan jika kita menggunakan ubat ini?

3. Jika lubang air kecil pada zakar letaknya ke bawah sedikit, maksud saya tidak normal seperti lubang air kecil lelaki lain. Dalam keadaan ini, bolehkah air mani disalurkan?. Perlukah pembedahan untuk membetulkannya?

4. Jika kita mengurut zakar untuk memanjangkan saiz zakar, adakah ia membawa mudarat untuk kesan jangka panjang?

Sekadar ingin tahu,
Kedah Darul Aman.

Jawapan:
Seperti yang saya nyatakan dalam jawapan soalan pengirim pertama, saiz zakar bukan faktor penentu kepuasan wanita. Ada pelbagai faktor yang perlu diambil kira untuk memuaskan pasangan saudara.

Ini termasuk kualiti ereksi, jangka masa persetubuhan, teknik foreplay dan afterplay. Saiz zakar juga bukan faktor penentu kemasukan air mani ke dalam vagina. Apa yang penting adalah kelajuan pancutan dan kualiti air mani saudara.

Purata saiz zakar bagi seseorang lelaki ketika ereksi adalah antara empat hingga enam inci dan ukur lilit juga pada kadar saiz sama. Pada pendapat saya, saiz zakar saudara adalah normal.

Ada pelbagai produk di pasaran yang dikatakan boleh membantu memanjang dan membesarkan zakar. Ini termasuk penggunaan pil, minyak, pam vakum, cincin zakar, suntikan, urutan dan pembedahan.

Saudara perlu berhati-hati dalam menggunakan produk ini kerana kebanyakannya tidak berkesan, membazirkan wang dan boleh membawa kepada pelbagai kesan sampingan serius. Saya sendiri melihat pelbagai komplikasi yang timbul akibat suntikan kolagen di zakar, urutan batin yang menyebabkan zakar bengkak dan lebam serta mengakibatkan kecederaan pada saluran urethra. Ada juga komplikasi cincin zakar yang tidak dapat dikeluarkan.

Mengenai lubang kencing yang berada di bawah, jika ia membuka ke arah hadapan dan berada di kawasan kepala zakar, ia tidak menjadi masalah untuk menyalurkan air mani. Bagaimanapun, saya nasihatkan saudara berjumpa doktor untuk memastikan anda tidak mempunyai masalah hypospadias iaitu masalah pembukaan saluran kencing tidak normal.

Jika ia tidak serius, saudara tidak perlu menjalani sebarang pembedahan.

0 comments:

Langgan artikel anda di sini

Perhal Blog

Blog ini memuatkan semua artikel yang berkaitan dengan kekeluargaan, kesihatan, motivasi, keagamaan dan permasalahan. Semua artikel di dalam blog ini merupakan artikel yang bertanggungjawab dan disiarkan dalam beberapa akhbar dan majalah popular di negara kita. Makluman.

Artikel Blog Terkini

  © Blogger template Ramadhan Al-Mubarak by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP